Khamis, 22 September 2011

Upload Gambar Separuh B*gel Dalam Facebook

Setiap hari ada saja gambar-gambar baru diupload masuk ke album dalam facebook. Yang ramainya sahlah perempuan. Aku cukup tak faham kenapa kaum perempuan yang sepatutnya ada rasa malu ni tapi macam tak tau malu bila dengan selamba tayang gambar yang cuma pakai singlet, seluar pendek, baju ketat!

Tak cukup lagi tu. Angkat kamera tinggi-tinggi, dan SNAP! Terjojol sana sini, terdedah sana sini. "Tengoklah aku, tengoklah aku! Aku seksi kau jangan jelous okey." Puii dekat muka kau. Kepala hotak kau seksi. Nak mampus? Nasib baik kau bukan adik atau kakak aku. Kalau tak, dah lama aku terajang.

Kesian dekat mak apak kau kan sebab kena tanggung semua dosa kau. Kecik-kecik tak nak mampos, dah besar memang menyusahkan. Nak harapkan perut mak kau sejuk? Entah bila lah dapat merasa. Bawak-bawak lah kau bertaubat perempuan oii. Kau tak malu ke haa?

Dah macam tak ada beza aku tengok perempuan yang tak reti nak jaga aurat dia dengan perempuan luar negara yang duk berlakon dalam filem lucah. Bezanya dorang cuma berbikini. Yang kau sendat, ketat. Kau tak belajar agama ke haa? Tak belajar dekat sekolah ke pasal aurat? Sumpah kesian dekat kau..

Ada yang rasa panas tak? Eloklah tu, sebab kalau dekat sini kau dah rasa panas apa lagi dekat neraka jahanam nanti.

Khamis, 15 September 2011

Dulu Sayang, Sekarang Menyampah!

Kau pernah baca atau dengar ayat ni tak?

"Jangan terlalu sayangkan orang tu sebab boleh jadi suatu hari nanti dia lah orang yang akan paling kau benci.."

Tahniah sebab kebenaran ayat tersebut telah terbukti. 3 tahun lepas memang aku akui aku pernah sayang gila dengan sorang mamat ni. Semua tu sebab salah aku sendiri yang buta gara-gara ayat-ayat manis dari jantan takbolehpakai tu.

Aku dah banyak mengalirkan airmata untuk dia. Kenapa? Sebab masa tu otak dan hati aku macam dah dimanderemkan dia sampai tiap masa aku ingat dia. Kau bayangkan, dia dah putuskan aku. Tapi aku yang tak tau malu masa tu sanggup pergi merayu dengan dia. DAMN!

Kalau aku ingat-ingat balik masa aku merayu tu, sumpah menyesal! Kalau lah aku boleh putarkan balik masa tu. Alangkahhhhh..

Tapi alhamdulillah. Aku dah melepasi saat-saat mengerikan itu dengan jayanya. Sekarang ni kami masih berkawan. Tapi percayalah, dulu dialah yang aku paling sayang. Siap boleh kata "TAK BOLEH HIDUP TANPA KAU!". DAMN! Sekarang, dialah orang yang aku paling menyampah. Menyampah sampai nak termuntah.

Aku rasa bahagia sangat sekarang. Dan aku takkan sekali-kali bagi peluang lagi untuk dia sebab dah banyak kali aku bagi peluang tapi dia tetap berperangai macam tak guna. So, biarkan ajelah. Dah dia bahagia hidup dengan dikelilingi ramai aweks. Lantaklah dia..