Khamis, 22 September 2011

Upload Gambar Separuh B*gel Dalam Facebook

Setiap hari ada saja gambar-gambar baru diupload masuk ke album dalam facebook. Yang ramainya sahlah perempuan. Aku cukup tak faham kenapa kaum perempuan yang sepatutnya ada rasa malu ni tapi macam tak tau malu bila dengan selamba tayang gambar yang cuma pakai singlet, seluar pendek, baju ketat!

Tak cukup lagi tu. Angkat kamera tinggi-tinggi, dan SNAP! Terjojol sana sini, terdedah sana sini. "Tengoklah aku, tengoklah aku! Aku seksi kau jangan jelous okey." Puii dekat muka kau. Kepala hotak kau seksi. Nak mampus? Nasib baik kau bukan adik atau kakak aku. Kalau tak, dah lama aku terajang.

Kesian dekat mak apak kau kan sebab kena tanggung semua dosa kau. Kecik-kecik tak nak mampos, dah besar memang menyusahkan. Nak harapkan perut mak kau sejuk? Entah bila lah dapat merasa. Bawak-bawak lah kau bertaubat perempuan oii. Kau tak malu ke haa?

Dah macam tak ada beza aku tengok perempuan yang tak reti nak jaga aurat dia dengan perempuan luar negara yang duk berlakon dalam filem lucah. Bezanya dorang cuma berbikini. Yang kau sendat, ketat. Kau tak belajar agama ke haa? Tak belajar dekat sekolah ke pasal aurat? Sumpah kesian dekat kau..

Ada yang rasa panas tak? Eloklah tu, sebab kalau dekat sini kau dah rasa panas apa lagi dekat neraka jahanam nanti.

Khamis, 15 September 2011

Dulu Sayang, Sekarang Menyampah!

Kau pernah baca atau dengar ayat ni tak?

"Jangan terlalu sayangkan orang tu sebab boleh jadi suatu hari nanti dia lah orang yang akan paling kau benci.."

Tahniah sebab kebenaran ayat tersebut telah terbukti. 3 tahun lepas memang aku akui aku pernah sayang gila dengan sorang mamat ni. Semua tu sebab salah aku sendiri yang buta gara-gara ayat-ayat manis dari jantan takbolehpakai tu.

Aku dah banyak mengalirkan airmata untuk dia. Kenapa? Sebab masa tu otak dan hati aku macam dah dimanderemkan dia sampai tiap masa aku ingat dia. Kau bayangkan, dia dah putuskan aku. Tapi aku yang tak tau malu masa tu sanggup pergi merayu dengan dia. DAMN!

Kalau aku ingat-ingat balik masa aku merayu tu, sumpah menyesal! Kalau lah aku boleh putarkan balik masa tu. Alangkahhhhh..

Tapi alhamdulillah. Aku dah melepasi saat-saat mengerikan itu dengan jayanya. Sekarang ni kami masih berkawan. Tapi percayalah, dulu dialah yang aku paling sayang. Siap boleh kata "TAK BOLEH HIDUP TANPA KAU!". DAMN! Sekarang, dialah orang yang aku paling menyampah. Menyampah sampai nak termuntah.

Aku rasa bahagia sangat sekarang. Dan aku takkan sekali-kali bagi peluang lagi untuk dia sebab dah banyak kali aku bagi peluang tapi dia tetap berperangai macam tak guna. So, biarkan ajelah. Dah dia bahagia hidup dengan dikelilingi ramai aweks. Lantaklah dia..

Apa Kaitan dengan Mati Sendiri?

Aku menyampah gile dengan sorang mamat bajet bagus ni. Tau kenapa aku kata dia bajet bagus? Kau baca dialog kat bawah yang aku reka.

Aku yang Menyampah : Kau dah makan?

Mamat Bajet Bagus : Dah. Aku makan ditemani sorang aweks tadi.

*euw! Nak jeles kan aku lettew. Aku tak jeles pun mangkok! Sumpah tak jeles.. Eee~ Geli ada..*

Aku yang Menyampah : Eloklah lah tu. Kau kan selalu makan bersendirian. Dah ada teman kira bagus apa.

Mamat Bajet Bagus : Eh, aku guraulah. Manada aweks. Dengan classmate aje.

*ada aku kesah??!*

Aku yang Menyampah : Ooooooooooooo..

Mamat Bajet Bagus : Yelah. Kalau aku keluar bandar jek sorang-sorang.

Aku yang Menyampah : Takpelah. Kau dah biasa. Aku tak biasa jalan sorang-sorang ni.

Mamat Bajet Bagus : Biasakanlah. Kita mati nanti pun bukan berteman. Sendiri jugak..

Yee. Aku tau, kita mati sendiri-sendiri. Tak ada yang nak teman. Tapi apasal kau nak kaitkan hidup dan mati tu dengan biasakan berjalan bersendiri? Aku tak rasa dua perkara tu berkaitan.

Aku tak tau macamana nak jelaskan yang pastinya mati bersendirian langsung tak ada kaitan pun dengan hal yang kau suruh aku biasakan berjalan sendiri. Aku tak paham betul. Macam bangang je kau..

Ahad, 11 September 2011

Blog Peribadi Tak Layak Bersama Yang Lain

Betul ke ramai yang tak suka baca blog berunsurkan peribadi? Kenapa? Why the becoz? Apakah salahnya dengan blog yang menulis dengan menjadikan blog adalah diari hariannya? Adakah maksudnya, penulis yang cuma menulis cerita-cerita peribadi tidak layak bangun bersama blog yang lain?

Aku ada sebuah lagi blog. Tapi dalam blog tu aku langsung tak tulis cerita berkaitan hidup aku. Mula-mula aku rasa seronok tapi bila dah lama-lama aku mula terasa diri aku hipokrit bila menulis dalam blog tu.

Kenapa aku kata hipokrit? Yelah, aku cuma memikirkan pembaca aku. Aku pentingkan kepuasan pembaca aku. Kepuasan aku bila menulis? Aku tolak ke tepi. Aku tak puas bila menulis dengan keadaan macam tu.

Tiap kali aku nak buat satu entri tu, aku terpaksa fikir 10x. Orang suka ka baca entri yang ni? Eh, entri ni macam ada kaitan dengan rakan blogger aku yang satu tu lah. Tak boleh post. Nanti terjadilah pulak peristiwa "sentap mak noksss!". Tu yang aku tak suka. Kena jaga hati pulak. Aish..

Bila aku ada blog ni, sedikit demi sedikit aku mula tersenyum balik. Aku boleh taip apa aku nak taip. Aku tak kisah apa orang nak komen. Yang penting aku tak payah hipokrit bagai macam dalam blog aku yang satu lagi tu..

Rabu, 7 September 2011

Perempuan Bajet HOT

Aku betul-betul tak fahamlah dengan perempuan ni. Muak aku baca status-status kau orang dekat facebook.

"Aku dah gemok lah, macamana ni?"
"Oh no! Si dia kata aku dah gemok! Tak shuke, tak shuke!"
"Alaa, pipi i dah tembam. Tamo, tamooo!"

Aku tak nak baca pun status kau orang tu. Tapi kalau dah aku buka facebook aje direct terus ke home, dah sah-sahlah terbaca status tak bertamadun kau orang tu kan. Asyik kata gemuk padahal tengok gambar keding jugak.

Okey fine! Kalau betul kau dah makin gemuk, pipi dah tembam, bajet badan dah chubby-chubby so what? Perlukah kau umum pada semua orang? Bila aku baca status macam tu, aku rasa perempuan tu bajet je. Bajet entah apa aku tak tau.

Bagi aku, menaip status seperti itu agak meloyakan. Bersyukur sudahlah. Nak merungut-rungut lagi. Karang Allah kasi kau kurus keding macam cicak kobem baru kau tau rasa..

Selasa, 6 September 2011

Tak Best Betul Ada Eye Bag

Aku benci betul bila bawah mata aku gelap sekali dengan pakej eye bag. Spoil muka aku jek. Aku siap beli krim sapu bawah mata safi balqis lagi supaya dapat kurangkan "kerosakan" tu dekat mata aku tapi macem haremm.

Krim tu yang tipu atau dah memang aku ditakdirkan hidup dengan eye bag ni? Arghh! Really spoil my face okay! Aku pernah baca tips untuk hilangkan eye bag, guna uncang teh dan letak dekat mata malam hari.

Itu pun aku dah cuba. Adalah sikit kurangkan eye bag tu tapi kejap je. Lepas tu datang balik. Leceh kau tau bila tiap kali nak keluar ke bandar, aku kena sapu dengan concealer (baca : penipu yang agak hebat!) untuk tutup eye bag dan lingkaran gelap bawah mata.

Tapi aku tau kenapa aku boleh dapat itu eye bag dan lingkaran gelap bawah mata. Yeah! Online sampai tak hengat. So, jangan salahkan ibu yang mengandung yeee..